Wednesday, November 11, 2009

Sakit oh sakit..

cite ini masa aku ngan family aku pergi satu kenduri umah sedara aku... mak aku pi la jumpa mak sedara die. masing-masing dok cite pasal kesihatan masing-masing masa tu... almaklumla masing-masing dah makin berumur...

Mak: mak su apa habaq sihat tak?
Tok Su: Mak su macam ni la Pah.. badan selalu sakit-sakit... maklumla kereta lama model pun lama la juga.
Mak: Pah pun sama sakit belakang, depan, kiri dan kanan. Kencing manis Mak su dok kawal ka?
Tok Su: eh.. awat tak kawal semua makan dok kawal sekarang. Pi jumpa doktor macam-macam depa kata.
Mak: Depa kata ape mak su??
Tok su: Doktor kata mak su jangan makan nasi banyak. Huh! mak su tak heran lah, Pah tau dak sepanjang 70tahun mak su hidup makan nasi dah puas, dah berguni -guni beras mak su dah makan tak heran la aku.
Mak: apa doktor kata lagi?
Tok Su: Doktor kata lagi kena kurang makan gula. Huh! mak su tak heran lah. gula pun dah berguni-guni mak su dah makan. lagi doktor kata kene kurang ambil daging. Huh! mak su lagi tak heran la... takat lembu dah 3 ekoq kambing dah 5 ekoq. huh kalau ayam tu mak su ghasa dah 1 reban mak su dah makan....

Friday, May 1, 2009

beli satu percuma air???

ok... ade satu cerita ni pasal beli 1 barang percuma 1 barang.
ade satu mamat nie aku panggil die abu la. abu baru ni baru belajar duduk di bandar. suatu hari di baru terima gaji dia dan dia mahu membeli mesin basuh untuk rumahnya. so abu telah ke kedai menjual barangan elektrik dan elektronik...

Tauke: Alo kawan mau cari mesin basuh ka?
Abu: Ya, saya mau mesin basuh yang murah punya. ada ka?
Tauke: Ada, kawan ini special punya harga dia RM 299.
Abu: ok, saya mau angkat la tauke. ade barang free ka tauke?
Tauke: ada, saya kasi air free.
Abu: tauke bila boleh hantar?
Tauke: Ini petang saya boleh hantar rumah awak.

Abu yang kegembiraan terus membayar penuh untuk mesin basuh berkenaan.
pada petang itu mesin basuh tiba dirumahnya. apabila mesin basuh itu di sediakan pekerja mengambil satu tong air lalu masukkan kedalam mesin basuh itu. Abu yang terlalu gembira lalu Abu pun bertanya.

Abu: En. buat ape tu?
Pekerja: ini la air free yang tauke saya bag kat En.
Abu: Wah bagusnya, murah hati sungguh tauke awak tu ye...

Wednesday, April 22, 2009

T'ggan kite...

aku nak share satu cerita lawak ngan korang semua... tapi seblum tu aku mulakan, memohon maaf la kat semua orang Terengganu ye.. walaupun cerita nie tiada kaitan dengan orang yang hidup atau yang dah mati... cuma aku nak ber kongsi jenaka je.... lagi pun aku dapat cerita ni masa aku gi kursus dulu....


Di satu kursus yang di adakan di Terengganu & urusetia kursusnya juga orang Terengganu dan di beri tangunggjawab untuk menjadi MC apabila mengumumkan interlude atau mengumukan aktiviti yang dijalankan selepas sesuatu slot ceramah. so aku nak namakan die En. Mat...

En. Mat: Tuang-tuang dang Puang-puang saya dengang berbesar hati menjemput tuang-tuang dang puang-puang untuk ke dewang makang untuk majlis makang tengahari.


Ketua urusetia: En. Mat boleh tak anda bercakap dengan Bahasa Melayu yang standard?

En. Mat: Boleh tuan, saya akan cuba tuan.

so En. Mat pulang ke bilik lalu mulakan latihan untuk Berbahasa Melayu standad. pada keesokan harinya En. Mat diberi tanggungjawab yang sama untuk mengumumkan makan tenghari.

En. Mat: Tuan-tuan dan Puan-puan saya dengan berbesar hati menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke dewan makan untuk makan tengahari. hidangan istimewa tengahari ini adalah sambal SOTON.....

di quote daripada penceramah masa aku kursus...

Salam Pekenalan semua...

Salam semua...
blog joke & jenaka aku wujudkan untuk berkongsi cerita lawak jenaka bersama... tak kisah la lawak ke tak kite nak berkongsi untuk tujuan suke-suke... tapi diingatkan segala lawak yang bertulis di dalam blog nie hak cipta terpelihara sendiri punye atau di quote dari org lain... piki la sendiri ye... ahak... so demi tuk menghibur hati ngan hati org lain online nie... aku nak wish kat korang selamat membaca & berjenaka... ye... hhmmm..... kalau ade kartun nak diketangahkan pn leh la di letakan kat blog nie..... mane la tau ade rejeki nanti..... tu la org kate tuah ayam nampak di kaki.. tuah manusia kalau tak basuh kaki tak tau la bertuahke tak die tu... hehehe... so anggap la yang kurang dari aku yang baik daripada Allah swt....

baru nak berjinak ngan lawak...
ishuq