Wednesday, April 22, 2009

T'ggan kite...

aku nak share satu cerita lawak ngan korang semua... tapi seblum tu aku mulakan, memohon maaf la kat semua orang Terengganu ye.. walaupun cerita nie tiada kaitan dengan orang yang hidup atau yang dah mati... cuma aku nak ber kongsi jenaka je.... lagi pun aku dapat cerita ni masa aku gi kursus dulu....


Di satu kursus yang di adakan di Terengganu & urusetia kursusnya juga orang Terengganu dan di beri tangunggjawab untuk menjadi MC apabila mengumumkan interlude atau mengumukan aktiviti yang dijalankan selepas sesuatu slot ceramah. so aku nak namakan die En. Mat...

En. Mat: Tuang-tuang dang Puang-puang saya dengang berbesar hati menjemput tuang-tuang dang puang-puang untuk ke dewang makang untuk majlis makang tengahari.


Ketua urusetia: En. Mat boleh tak anda bercakap dengan Bahasa Melayu yang standard?

En. Mat: Boleh tuan, saya akan cuba tuan.

so En. Mat pulang ke bilik lalu mulakan latihan untuk Berbahasa Melayu standad. pada keesokan harinya En. Mat diberi tanggungjawab yang sama untuk mengumumkan makan tenghari.

En. Mat: Tuan-tuan dan Puan-puan saya dengan berbesar hati menjemput tuan-tuan dan puan-puan ke dewan makan untuk makan tengahari. hidangan istimewa tengahari ini adalah sambal SOTON.....

di quote daripada penceramah masa aku kursus...

Salam Pekenalan semua...

Salam semua...
blog joke & jenaka aku wujudkan untuk berkongsi cerita lawak jenaka bersama... tak kisah la lawak ke tak kite nak berkongsi untuk tujuan suke-suke... tapi diingatkan segala lawak yang bertulis di dalam blog nie hak cipta terpelihara sendiri punye atau di quote dari org lain... piki la sendiri ye... ahak... so demi tuk menghibur hati ngan hati org lain online nie... aku nak wish kat korang selamat membaca & berjenaka... ye... hhmmm..... kalau ade kartun nak diketangahkan pn leh la di letakan kat blog nie..... mane la tau ade rejeki nanti..... tu la org kate tuah ayam nampak di kaki.. tuah manusia kalau tak basuh kaki tak tau la bertuahke tak die tu... hehehe... so anggap la yang kurang dari aku yang baik daripada Allah swt....

baru nak berjinak ngan lawak...
ishuq