Monday, July 4, 2011

Petua mencari suami???

seorang ibu berpesan kepada anak perempuannya bagaimana hendak mencari calon bakal suami. Kalau kamu nak mencari calon suami
  1. Baik orangnya
  2. Berharta dan kaya
  3. Penjimat
  4. Penyayang
  5. Teruna
setalah beberapa bulan si anak perempuan pulang ke kampung dengan hati gembira dan memberitahu bahawa di sudah mempunyai kekasih yang mengikut kreiteria yang telah diberikan ibunya.

  1. Mak kekasih saya memang baik orangnya sebab dia selalu bawa saya jalan-jalan.
  2. Mak kekasih saya berharta dan kaya sebab dia pakai kereta BMW.
  3. Mak kekasih saya memang penjimat orangnya sebab masa duduk di hotel dia sewa sebilik sahaja untuk kami berdua.
  4. Mak kekasih saya memang penyayang sebab masa dalam bilik tu asyik peluk saya sahaja.
  5. Mak kekasih saya memang teruna sebab anu dia pun masih dalam sarung....
oooopppssss....

Terjemahan Bahasa.

Jika dalam Bahasa Melayu Sport Car diterjemahkan kepada Kereta Sukan.

Apa yang boleh diterjemahkan Super Car dalam Bahasa Melayu?

Jika kita terjemahkan Supermarket ke Bahasa Melayu ia akan jadi Pasaraya

cuba terjemahkan Super Car dalam konteks Supermarket.

jawapan yang pasti adalah:

Kereta Raya.

dalam erti kata lain sesiapa yang membeli kereta baru untuk hari raya bolehlah kereta itu dipanggil Super Car..

Bapa sapa lagi hebat?

dalam sebuah kelas seorang guru telah memanggil 3 orang pelajarnya untuk memberitahu kehebatan bapa mereka.

pelajar 1: Bapa saya hebat. dia boleh panjat bangunan dan dia baru saja panjat menara berkembar Petronas.

semua pelajar bertepuk tangan.

Pelajar 2: Bapa saya lagi hebat. Bapa saya boleh tangkap hantu. dia baru saja tangkap hantu galah.

semua pelajar bangun bertepuk tangan atas kehebatan bapa pelajar kedua tadi.

Pelajar 3: Bapa kau orang tak sehebat bapa aku. Bapa aku lagi terre! dia boleh gosok gigi sambil bersiul.. bapa kau orang boleh ke??